Followers

Wednesday 18 April 2012

Puding Roti Marble


As-salam....Jumpa lagi....
Phewwwww....sejak kebelakangan ni, cucaca diluar sana dibumi bumi Cheras ni...panas terik. Panas sepanas2nyer.... walau ape pon, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, kita masih dapat menjalani ibadah dan tugas2 harian tanpa mengalami bencana alam yang maha dasyat seperti di negara2 luar disana... ameen.

Fuhhh...dalam dok cuaca panas2 ni kan, memang best makan benda0benda yang sejuk ni. Especially cam air-air sejuk, ABC,cendol, air tebu, haaa...itulah pengubat tekak dikala panas-panas ni kan... Ehhh..makan puding sejuk2 pon memang best.....sejuk jer masuk lam tekak ni. Puding ni anak-anak memang suka sebab dek ade nyer cekelat tu....kalau nak tambah perisa lain pon ok....fuhhhh bestnyer makn puding ni......
Thax kak Hana dengan resepi puding ni.....


PUDING ROTI MARBLE
Resepi Asal : hanamemories,
Sumber : izahdaut

Bahan-bahan:-

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan 
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml 
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara :-
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Saturday 14 April 2012

IKLAN

Time to iklannnnnnnn.... kita dengar dulu dari pesanan pihak penaja yer...... (kes tv tak berbayor-bayor nihh..)

Kepada blogger2 or pembaca diluar sana yang inginkan perkhidmatan graphic n printing seperti servis yang tertera dibawah ni, sila hubungi pihak di bawah ni yerr...

Servisnyer merangkumi LOGO, Kad Ucapan, Brochure, Kalendar, Paper Bag dan sebagainyer....berminat..?? sila hubungi beliau....


Sambal Tumis Belimbing Buluh


Sambal Tumis Belimbing Buluh ni memang best.... bak kata orang pembuka selera (haiiih....buka ngan tutup sama jer mkn ngan lajus...) best sangat-sangat makan bersama nasik panas2... sambal ni, lagi pedas lagi walllahhh...makan sampai meleleh ayaq mataaa.... pergghhh...
Semenjak dah meningkat usia memasuki senja ni, (remaja purba...ahhahah) memang suka plak makan yang simple2, masakan dolu2... best kan... lauk simple2 pon bole jadi gumuk......

Resepi ni asalnya dari Puan Shanty Suziana Sukimin. Thx shan....mmg marbeles. Apabila terlihat Kak izanmann Dcuppies mencuba,.... fuhhh terliur sangat2.....


SAMBAL TUMIS BELIMBING BULUH
Sumber : Shanty Suziana Sukimin
Sumber : Kak Izanmann Dcuppies

10-12 biji belimbing buluh - dibelah 2 (x de belimbing buluh, tomato hijau pon sodappp)
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
1 sudu besar cili kisar
segenggam ikan bilis - di goreng terlebih dahulu
Sedikit gula perang
Garam secukup rasa
1 sudu besar sambal belacan

Sambal Belacan
2 inci belacan bakar
1/2 labu bawang besar
7 tangkai cili padi
Jus limau kasturi (3-4 biji)

Tumbuk kesemua bahan, kecuali jus limau hingga lumat. Masukkan kedalam mangkukdan masukkan jus limau.

Cara-caranya :-

Bawang besar, bawang putih dan cili padi di tumbuk lumat.
Tumis bahan-bahan tumbuk dan masukkan cili kisar hingga garing. Masukkan sambal belacan dan belimbing kacau hingga naik bau. Apabila belimbing dah agak layu dan sabal kering, masukkan ikan bilis goreng. Gaul Rata. Perasakan dengan gula perang dan garam. Tutup api.

Friday 13 April 2012

KUEH KASWI BLACKMORE


Assalammualaikum wbt. Alhamdullillah....bertemu lagi di pagi Jumaat yang penuh barakah ini. Sesungguhnya dengan bersedekah akan menutup pintu-pintu bencana dan kefakiran.

Yuppp... kalau pada Jumaat minggu lepas kita jumpa di dapor Mek Jah, dan kali ini di pagi Jumaat jumpa pula di dapor Mimie ni..Kaswi yang best ade aroma nescafe disitu. Lembut senang bebudak nak telan. Cuba la kalau nak tahu betapa bestnyer kaswi ni... 


KUEH KASWI BLACKMORE
Resepi Asal : Sis Blackmore
Sumber : Rinnchan Fp & Izahdaut
Olahan : Miazahira@MyR

Bahan-bahan 

1 cwn gula pasir *izah guna 3/4 cwn sahaja
1 cwn gula merah
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
3 sb air kapur (cair2 aje)
5 cwn air
1/2 sk nescafe - untuk aroma yg wangi
2 helai daun pandan carik2 *izah tambah
sedikit minyak utk disapu diloyang

1/2 biji kelapa parut gaul dengan garam


Cara-cara :-

Masakkan gula pasir dan gula merah bersama daun pandan dengan 2 cawan 
air sehingga gula larut. Juga masukkan nescafe.
Tutup api , ketepikan sebentar.
Campurkan ketiga2 tepung dan bancuhkan dengan 3 cawan air. Kemudian tapiskan air gula yang dimasak tadi ke dalam bancuhan tepung.
Masukkan pula air kapur. Kacau sebati.
Loyang disapu dengan minyak, dan pastikan air pengukus betul2 mendidih.
Kukus adunan selama 30-40 minit, sejuk dan hidangkan. Jika acuan kecil kukus selama 15-20 minit.

Thursday 12 April 2012

MOIST CHOCOLATE CAKE


Fuhhhh....lama x hapdet blog ni.... arini baru berkesampatan hapdet...
Moist chocolate cake version Mat Gebu ni adalah kek cekelat pertama yang mimie godek. Dah lama dah masa memula makan kek ni...ye laaaa kek CMG ni ade gabungan cekelat ngan coffee, tak adelah rase 100% cekelat. ade pahit2 coffee bagi mengelakkan rasa muak coklat. Memang suka sangat kek ni. Lagipon anak-anak mimie memang suka sangat kek yang berunsurkan cekelat...layan jer laaaa......

kes tak sabo nk potong (mkn), blom sempat topping nak mengeras.....tangkap leleh laa plakkk....


MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber : CMG

Bahan-bahannya :-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

Saturday 7 April 2012

SAMBAL TAUHU


As-salam...jumpe petang-petang cam dah nak malam nih haa...hahahhahaha lambat hapdet blog lagi...sebab...sebab....konon2 bizi ler lagi kan...kan.....

N3 sambal tauhu di dah lama dok dalam folder tunggu giliran dok masuk blog, tapi dipinggirkan (kalau laa sambal tauhu ni ade perasaan, mahu berkuah airmata nehh..) bukan niat dihati ni nak pinggirkan, tapi bagi laluan pada yang manis2 dulu, pedas2 dok belakang... (aiiiitt...mcm sama jer bunyinyerrr...hehehe).

Mimie ni, kalau makan nasik campur diluar, mimie tak akan lupa untuk mengambil sambal tauhu ni... suka sangat dimakan bersatu gulai ikan...memang ngam2 sooiiiii....


SAMBAL TAUHU
Resepi : Mimie@Sugar n Spice

3 keping tauhu - dibelah dua segitiga
1 labu bawang besar
1 ulas bawang kecil
sedikit udang kering
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
garam/gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Tauhu dicuci bersih, toskan dan digoreng hingga kekuningan. Ketepikan.
Tumbuk hingga halus bawang besar, bawang putih dan udang kering.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan cili kisar dan sos cili. Masak seketika.
Masukkan garam, gula dan tauhu yang telah digoreng tadi dan kacau hingga sesedap rasa dan kacau hingga sebati. Tutup api.

Friday 6 April 2012

NASI GORENG SARDIN



Aiishhh.... dah senje baru nak hapdate blog... bizi, bizi dan bizi... (w/pon tak berapa bizi dok hadap tv jerk)....

Terjadinyer nasi goreng sardin nih saat terpandang rakan pesbuk dok tayang NGS nih...nampak marbeles sangat.... teringin nak merasa (tatau plak kat kuor ade juai ker idak..) dan pagi tadi juaga ler pi mencarik sardin...hihihihihi

Pestaim rasee....wahhhhhhhh...sedap seyyhhhh.....marbeles...marbeless... amat seswai dengan tekak yang kian kembang nehhh....biarpon rase berapi dek cili padi, lajus jugak nasi ni menyuap ke mulut....


NASI GORENG SARDIN
Sumber : coretan alkimia

Bahan-bahan :-


  • 2 pinggan nasi sejuk, nasi putih yang tak habis makan semalam.
  • bawang besar dihiris nipis2 (kalau bawang tu saiznya besar sangat, ambil suku jer. kalau besar penumbuk bayi, boleh ambil sebiji atau setengah.)
  • 2 atau 3 ulas bawang putih, juga dihiris halus2.
  • 2 @ 3 sudu besar cili kisar (cili kering yang direndam kembang dan kemudian dikisar sendiri, bukan cili boh atau cili kisar beli kat kedai yang biasanya mengandungi bahan pengawet)
  • 1 tin sardin kecil (cap apa2 pun boleh, tapi lagi best kalau brand sardin yang berkualiti) - mimie guna 1/2 tin kecil sardin dan hancur2kan
  • garam secukup rasa (mungkin setengah sudu teh, ikut lidah masing2. Ada orang kuat makan garam, ada juga yang tak makan garam, ada gak yang tak cukup garam. Ada murid bila orang bagi resepi dengan mengatakan “garam secukup rasa”, dia marah balik kat cigku … nak ukuran tepat, unit SI. Isyh, isyh … kalau orang tak bagi resepi kata orang kedekut ilmu pulak. Isyh, isyh … anak burung, anak burung.)
  • sedikit kicap kalau suka.
  • Kacang pangjang - hiris bulat kecil
  • 1 sudu teh gula pasir. - mimie tak letak
  • cili padi ikut suka, kalau nak lebih pedas.
  • cili merah sebagai deco, kalau suka.
  • 2 atau 3 sudu besar minyak masak.
  • apa2 sayur ikut suka (kalau boleh yang jenis tak ada rasa/aroma atau aroma yang tidak kuat, macam kobis)

(jumlah bahan boleh di adjust ikut kesesuaian, jumlah nasi atau citarasa)

Cara memasak :-


  • Bawang besar dan bawang putih diracik. Cili padi (kalau suka) di belah dua.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Apabila minyak sudah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan tumis cili itu sehingga masak. Api jangan terlalu kuat @ besar, sederhana atau kecil sudah memadai.
  • Masukkan gula dan goreng. Jika gula cukup, cili tumis itu akan menjadi gelap sedikit warnanya.
  • Masukkan ikan sardin bersama sosnya dan goreng. (buang perut ikan kalau ada terlebih dahulu, pecah2kan isi ikan semasa mengoreng menjadi ketulan kecil)
  • Masukkan sedikit kicap kalau suka.
  • Masukkan nasi putih dan goreng sebati hingga naik wap sedikit (cukup panas).
  • Bila dah masak sedia dihidangkan.

Thursday 5 April 2012

Chocolate Slice Cheese Cake


Adooyyaaiiii..... sedap la plak Slice Cheese Cake Version cekelat nih.. dah nama pon cekelat opkos la sedap kan..... wehh...meh ler sesama ternak lemak ni...hihihiih. Kalo dulu slice cheese cake yang ori rase slice cheese, yang ni plak rase cekelat. haiihhh...kalo cheese cake nih...banyak plak version dia kan...macam2 perisa adooo...layan jer la ngan tekak memasing....
Memang terbekenan dengan cheese cake yang Hasue dok tayang....Thx Hasue...


CHOCOLATE SLICE CHEESE CAKE
Resepi asal : Onigiri@Ros
Sumber : Sue-hasue

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

• 6 keping slice cheese
• 400 ml susu segar perisa coklat
• 100 gram butter atau marjerin
• 100 gram tepung gandum
• 95 gram gula
• 4 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila
-1/2 cawan serbuk koko
-coklat emulco(optional)

Cara-cara :-

1. Masukkan susu segar perisa coklat dalam periuk. Koyak-koyakkan slice cheese tadi kecil-kecil dan panaskan dengan api yang kecil sehingga kepingan keju cair. Masukkan serbuk koko dan kacau sentiasa menggunakan hand whisk

2. Masukkan butter dan kacau hingga larut,tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)

4. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan

5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

6. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

7. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) Mimie bakar ikut cara Slice cheese cake bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Monday 2 April 2012

Buah Melaka Pancawarna


Hmmmmm...cuaca arini sejuk sedikit oleh kerana hujan saat den tidur lena di pagi dinihari....(x hujan pon lena gakk...) sejuk sedikit bumi bertuah Cheras nehh....

Kueh Buah Melaka ni mimie bikin petang semalam untuk santapan petang. Idea kaler² buah melaka ni mimie ikut idea asal dari kak Yatie. Memang suka sangat tengok kaler-kaler meriah ni...apa2pon yang paling suka kaler hijau daun pandan laa.. yang memikat selera kan....

Bila makan buah melaka ni. teringat zaman baru menjejaki alam berumahtangga.....konon nak "kerek" orang melaka pandai buat buah melaka ( tak semestinya yang berkait rapat dgn nama kta pro kan..)....abes berjenis2 tepung guna, tak jugak menjadi...alahaiiiii.....apa laaa yang ade pada nama kan....hihihihi tu laaa...belajar tal abesss.......


BUAH MELAKA PANCAWARNA
Sumber : yatiememories
  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
  • sedikit garam
Cara memasak :
  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  7. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  8. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  11. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
TIPS
  1. Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
  2. Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
  3. Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
  4. Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
  5. Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...