Followers

Friday, 3 May 2013

Peanut Butter Chocolate Chips Muffin



Assalammualaikum...

Bertemu lagi....
Yesss.....muffin peberet mimie dan ahli family mimie nih... Kompom sedap. Siapa yang menggemari peanut butter yang biasa kita makan dengan roti, confirm mapin ni amat digemari. Sedap. Rasa lemak-lemak peanut butter dengan chocolate chips.....huisshh...sooo....yummy...

Muffin peanut butter ni bukan sekali dua mimie membaking, rasenya dah tak terkira dah rasanya. Banyak kali laa tu kannn....Kalau siapa nak mencuba muffin ni, sila ler letak banyak-banyak chocolate chips, baru best makan kalau tergigit-gigit chocolate chips tu kann...kann...



PEANUT BUTTER CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
Sumber : yani@myresipi
Olahan : Mimie Sugar n Spice



120g unsalted butter - suhu bilik - mimie guna butter biasa jer
150g gula perang
20g gula halus
2 biji telur (L size)
300g tepung gandum - mimie ltk 290g jer
1 sudu besar baking powder
secubit garam - mimie x letak
120ml susu segar
120g peanut butter (cream)
100g chocolate chips 
1/2 sb serbuk koko - mimie tambah


  • Pukul butter sehingga jadi bentuk krim dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
  • Pukul telur di dalam mangkuk lain. Masukkan telur ke dlm adunan butter dan pukul lagi.
  • Ayakkan tepung, serbuk koko dan juga baking powder. Masukkan bahan ayak diselangseli dengan susu segar (3x) dan pukul lagi.
  • Masukkan pula chocolate chips dan peanut butter. Kacau dengan spatula biar jadi bentuk mubble.
  • Kemudian isikan ke dalam cup muffin. Biarkan 3/4 penuh
  • Bakar dalam suhu 180C selama 20-25minit.


suka nak interprem...

Thursday, 2 May 2013

Blueberry Muffin



Assalammualaikum....

Harini, 2 hari sudah memasuki bulan baru pada tahun ini. Masih terasa berada diawal tahun. Sedar takj sedar kita sudah memasuki pertengah tahun 2013 ini. sekejap jer kan.... Banyak lagi benda-benda yang ingin diuruskan dan dicapai masih belum terlaksana.....hmmmmm

Harini Mimie nak share resepi muffin simple dan sedap sangat-sangat ni. Manakan tidak, ianya tidak memerlukan bahan yang banyak. Resepi ni mimie ambil dari rakan fb Mimie iaitu Kak Noraidah Hadi. Terima kasih kak ida kerana sudi kongsi resepi muffin yang mudah ini. Moga Allah memberkati Kak Ida. Ameen.




BLUEBERRY MUFFIN
Sumber : Noraidah Hadi @ fb
Olahan : Mimie Sugar n Spice

250g butter  - mimie ltk 220g shj
1 cawan gula castor - mimie 3/4 cwn je
1 sk essen vanilla
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
2 sb blueberry filling - mimie tambah
1/2 sudu kecil baking powder - mimie tambah
Blueberry/ strawberry/kiwi/coklat secukupnya

Pukul butter, gula dan essen hingga kembang
Masukkan telur satu persatu dan dengan menggunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sediit dan gaul sebati. Masukkan blueberry filling. Gaul rata.
Masukan adunan dalam paper cup dan intikan blueberry filling dan sudukan adunan untuk menutup inti.
Bakar pada suhu pada 160 selama 30 minit atau hingga perang.



.

Tuesday, 30 April 2013

Choco Mousse Brownies



Assalammualaikum....

DOA (Ya Allah...jadikanlah sebaik-baiknya umurku pada hujungnya dan sebaik-baiknya amalku adalah pada hujung akhirnya dan sebaik-baik hariku adalah pada saat aku menemuiMu.....Ameen.)

Fuuhh...siap juga N3 akhir bulan april ni...(Besdey mimie ler ni)....terkejar-kejar sedikit arini, sebab bawa baby Ameer check-up untuk 3 bulan. Alhamdulillah...syukur semuanya dalam keadaan sihat hendakNya....

Bercerita tentang Choco Mousse Brownies ni, bukanlah spesel sangat untuk hari ni pun, hanya untuk menunaikan janji anak-anak dare untuk makan kek mousse hasil tangan ibunya ini. Jadi...harini adalah hari yang paling seswai kan....

Ini adalah kali ke-2 mimie membaking kek ni... Pada kali pertama gagal dari segi keadaan rupa bentuknya...(tp rasa still ok). Penyediaan kek Mousse ni memang tidak mengambil masa yang lama....amat mudah sebenarnya. Yang penting sedappp....budak-budak memang suka, sebab coklat kan....



CHOCO MOUSSE BROWNIES

Resepi Asal : Yani (MyR)
Sumber : azlita@masammanis 

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
 
  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
 


Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus
  1. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  3. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  4. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  5. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.(mimie pastikan whipping cream betul² sejuk baru pukul).
  6. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  7. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse. Ita campurkan dgn Milo supaya tidak terlalu pahit.

Rupa paras yg tak semenggah